Friday, November 1, 2013

Kursus Penulisan Kreatif -2014

Tarikh : 11 & 12 Januari 2014

Dua Hari

8 pagi hingga 12 tengah malam 

Rehat : 1 tengahari- 2 petang

              5  petang- 9 malam

Yuran Bengkel : RM500

Lokasi Bengkel : Masjid Tanah Melaka

Terhad 50 peserta sahaja

*Makan Minum Percuma : Sarapan/lunch/dinner

*Ebook  Bisnes  Kecil  percuma

*Sijil Penyertaan

Peserta perlu membayar yuran 10 hari sebelum tarikh bengkel.

Pemegang KAD Saya Anak Melaka  dan pelajar    diskaun 50 %



pertanyaan : bukusaat@gmail.com  cc saatcham@yahoo.com


Peserta wajib membawa :

1.Laptop

2.Kertas A 4  sepuluh helai

3.Pen white board.


Peraturan :

1.Telefon bimbit dilarang  on

2.Mengambil gambar atau merekod video/suara DILARANG

3.Pakaian menjolok mata DILARANG


Tarikh Tutup Pendaftaran :  15 Disember 2013


Matlamat   kursus  :

1.Memberikan pelbagai tips dalam bidang penulisan.
2.Berkongsi pengetahuan dan kemahiran
3.Mendidik individu yang berminat agar berjaya menulis dengan baik.
4.Membantu individu menambahkan pendapatan dengan menulis.
5.Menambahkan jumlah penulis.
6.Berkongsi pengalaman.
7.Mendidik peserta agar mencintai perpustakaan.
8.Menambahkan koleksi bahan ilmiah apabila peserta berjaya menjadi penulis.
9.Memberi peluang peserta bertanya soalan.
10.Menambahkan penulis yang akan menerbitkan buku pelbagai penerbit 
11.Memberi  tips penting   dalam penulisan rencana dan buku.
12.Tips Terbit Sendiri buku.

LATIHAN DALAM KURSUS

LATIHAN SATU : MENULIS RENCANA  200 PERKATAAN ( 45 MINIT )
LATIHAN DUA : MELUKIS GAMBAR . ( 5 MINIT )
LATIHAN TIGA : MENULIS CONTOH  ISI KANDUNGAN BUKU( 30 MINIT )
LATIHAN EMPAT : MENULIS CONTOH TAJUK BUKU DARI GAMBAR. ( 15 MINIT )
LATIHAN LIMA  : MENULIS  50 PERKATAAN ( 1 JAM )

BIODATA FASILITATOR

Nama penuh : Saat bin Sulaiman

Kerjaya : Usahawan dan penulis

Pendidikan : Universiti Islam Madinah,Uitm.

Hobi : Berniaga,membaca,melancong,memanfaatkan internet,berdakwah,menulis dan lain-lain.

Buku telah terbit :

1.Panduan Menjadi  Ibu Bapa Cemerlang : PTS PUBLICATIONS SDN BHD.
2.Usahawan Kaya Wang Kaya Iman : PTS PUBLICATIONS SDN BHD.
3.Tips Menjadi Ibu Bapa Mithali : PTS PUBLICATIONS SDN BHD.
4.Buat Duit dengan Jual Pakaian : PTS PUBLICATIONS SDN BHD.
5.Usahawan Cemerlang : UTUSAN PUBLICATIONS
6.Anak adalah Anugerah : UTUSAN PUBLICATIONS
7.Remaja Positif : UTUSAN PUBLICATIONS
8.Melakar Syurgawi Idaman : TELAGA BIRU SDN BHD

Cerpen :
1.Hujan Emas : BERITA MINGGU 2004

Rencana
1.Pilih Jenis Bisnes yang Betul :MELAKA HARI INI.

Kejayaan :

Buku Remaja Positif terpilih sebagai buku yang mendapat tempat pembelian terus dengan penulis oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)  untuk diletakkan di perpustakan Desa seluruh negara.Manakala buku Usahawan Kaya Wang Kaya Iman menjadi buku best-seller di kedai buku MPH dan terpilih dalam program Kaya Wang Kaya Iman Usrah TV9.Buku Tips Menjadi Ibu Bapa Mithali dan Melakar Syurgawi Idaman disiarkan TV Hijrah dalam program Assalamualaikum.


Contoh buku akan ditulis :




Wednesday, October 30, 2013

Bengkel Bisnes kecil untung Besar -2014

Bengkel  Bisnes kecil untung Besar 

Tarikh : 4 & 5 Januari 2014

Dua Hari

8 pagi hingga 12 tengah malam

Rehat : 1 tengahari- 2 petang

           5 petang- 9 malam



Bisnes Kecil Untung Besar adalah Bisnes yang hanya memerlukan modal RM500 dan boleh mendapat RM100 sehari keuntungan.

Yuran Bengkel : RM500

Lokasi Bengkel : Masjid Tanah Melaka

Terhad 50 peserta sahaja

*Makan Minum Percuma : Sarapan/lunch/dinner

*Ebook  Bisnes  Kecil  percuma

*Sijil Penyertaan

Peserta perlu membayar yuran 10 hari sebelum tarikh bengkel.

Pemegang KAD Saya Anak Melaka  dan pelajar  diskaun 50 %




pertanyaan : bukusaat@gmail.com  cc saatcham@yahoo.com

Peserta wajib membawa :

1.Laptop

2.Kertas A 4  sepuluh helai

3.Pen white board.


Peraturan :

1.Telefon bimbit dilarang  on

2.Mengambil gambar atau merekod video/suara DILARANG

3.Pakaian menjolok mata DILARANG



Tarikh Tutup Pendaftaran :  15 Disember 2013

Wednesday, April 27, 2011

KHIDMAT PERCUMA



SENARAI NAMA PESERTA BENGKEL BISNES DALAM GOLONGAN ORANG MISKIN YANG TELAH MENGHADIRI KURSUS SECARA PERCUMA



Khidmat percuma yang ditawarkan adalah :

1.Ceramah Motivasi kepada pelajar.

Syarikat akan memberi ceramah motivasi percuma kepada pelajar negeri Melaka

sama ada pelajar sekolah Menengah,kolej atau Universiti di Melaka sahaja.


2.Bengkel bisnes kecil untuk orang miskin .

Syarikat juga menawarkan bengkel percuma untuk orang miskin dalam negeri Melaka

sahaja.


Jika mahu menjemput , sila emelkan surat rasmi mengandungi :

1.Nama penuh jabatan,alamat dan telefon.

2.Tarikh dan masa program.

3.Lokasi dan tempat program.

4.Jumlah peserta.

Mana-mana maklumat berkaitan .

Surat rasmi perlu ditujukan kepada :

Tuan Haji  Saat bin Haji  Sulaiman
Pengerusi
Kaya Wang Kaya Iman Consultant
AG 8662 Kompleks PKNM
Jln Pasar 78000 Alor Gajah Melaka.


Surat rasmi perlu diemelkan kepada  bukusaat@gmail.com cc saatcham@yahoo.com
Surat menyurat tidak akan dilayan dan penggunaan emel adalah lebih efektif,pantas dan menjimatkan.


Terima kasih.

Bengkel Bisnes Pakaian






Syarikat kami telah berjaya mengadakan bengkel Bisnes Pakaian di Rumah Media Melaka (Melaka Media House) Air keroh , Melaka.

Bengkel ini dihadiri peserta dari seluruh negara.


Testimoni peserta bengkel bisnes pakaian :


“Alhamdulillah…hari ini sehari di rumah media melaka dapat ilmu yang
sangat2 berguna untuk dunia dan akhirat dari Tuan haji Saat Sulaiman..moga beliau antara orang-orang yang dirahmati hidupnya..amin!! Banyak ilmu yang dicurahkan dalam bengkel pakaian amat berguna untuk peserta bengkel….insyallah kami
akan praktikkan..teruja sangat..tq”

Puan Ruhilah Abd Karim

“Assalamualaikum,
Saya Zaidi merupakan peniaga pakaian lebih fokus kepada t-shirt di Uptown D’Kota ( Damansara ), baru berniaga sebulan lebih. Sebelum berniaga saya sentiasa mencari-cari kursus yg menjurus kepada perniagaan pakaian, tetapi hampir tiada. Akhirnya saya menjumpai kursus yg dianjurkan En.Saat dan saya tidak melepaskan peluang walaupun di adakan di luar Lembah klang.
Kursus ini sangat berbaloi untuk saya kerana saya dapat mempelajari sesuatu yg baru tambahan pula En. Saat tidak kedekut menceritakan teknik-teknik untuk berjaya. Malah saya mengagumi cara En.Saat yg tidak mengabaikan hukum agama dalam mengejar kekayaan sebagai usahawan pakaian. Hal ini membuatkan saya sangat bersyukur dan lapang dada untuk memajukan bisnes pakaian saya.
Sekian. Terima Kasih”

Encik Zaidi,Damansara

“Banyak ilmu yg sy dpt ms bengkel ini..Tahniah & Terima kasih kpd Encik Saat..teruskan usaha murni Encik utk menyatukan para peniaga pakaian khususnya Melayu supaya terus maju seperti bangsa lain ”

Cik Azlia Idha-KL

“Banyak input yg saya perolehi….tinggi sungguh ilmu tuan..semoga perniagaan yg kita semua jalankan diberkati & diredai Allah..”

Puan Norlia Abdullah-Johor Bahru

“Salam. Saya adalah salah seorang peserta Bengkel Usahawan Pakaian di Melaka. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada En. Saat kerana telah berkongsi ilmu dengan kami. Bagi saya yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, kursus ini telah banyak memberikan pengetahuan yang lebih mendalam tentang bisnes pakaian. Saya berharap pihak penganjur boleh memanjangkan lagi tempoh kursus ini bagi memantapkan lagi pengetahuan kepada para perserta serta menganjurkan kursus sebegini lebih banyak sesi sepanjang tahun.”

Mas Ayu Mohd Yusof-Melaka

“Salam. Saya telah mengikuti Kursus Usahawan Pakaian di Melaka. Bagi saya kursus ini amat berguna kepada para usahawan dan bakal usahawan yang ingin menceburkan diri di dalam bidang pakaian. Dalam masa sehari, saya telah dapat pelbagai ilmu di dalam bidang ini. Saya amat berharap pihak penganjur dapat menyediakan sijil kepada peserta bagi menarik lebih ramai orang kita untuk mengikuti kursus ini. ”

Hildah Haron-Melaka

“Assalamualaikum… alhamdulillah akhirnya saya memperoleh ilmu yang sangat berguna di bengkel tuan… Sebelum ni saya ada pendedahan sedikit mengenai bisnes pakaian melalui buku tuan yg bertajuk “Buat Duit dengan Jual Pakaian”… Penerangan tuan dengan bahasa yang jelas dan mudah difahami telah menaikkan semangat saya dalam bisnes pakaian ni…Sebenarnya banyak salah faham saya berkenaan dengan bisnes, khususnya bisnes pakaian yang telah ‘dicuci’ oleh tuan. Pendek kata, bengkel tersebut sangat mematangkan pemikiran saya yang baru dalam ‘dunia niaga’ ini. Akhir kata daripada saya.. “Betulkan perkara yang biasa, dan biasakan perkara yang betul… wassalam. ”

Pn. Nor Hidayah binti Yusoff, 28 tahun – guru.

Selamat Datang



Kaya Wang Kaya Iman Consultant









Kaya Wang
Kaya Iman
Consultant

Chinese Proverb

“Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime”

"Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya"

Tun Dr. Mahathir Mohamad
April 19, 2001 Majlis Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan 2001


Pengenalan


Kaya Wang Kaya Iman Consultant telah ditubuhkan pada 27 April 2011.Secara umumnya Kaya Wang Kaya Iman Consultant (selepas ini disebut syarikat) menawarkan ceramah berbentuk motivasi dan agama kepada pelajar,pegawai swasta dan kerajaan, individu yang berminat untuk mendapat ilmu pengetahuan dan motivasi.

Sehubungan dengan pentingnya ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi,pihak kami telah menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Kaya Wang Kaya Iman Consultant.


Di antara sebab-sebab penubuhan syarikat ini ialah:

a) Kurangnya penglibatan bumiputera dan orang islam di dalam bidang ini.Oleh yang demikian syarikat ini ingin membuktikan bahawa golongan bumiputera dan orang islam juga mampu berjaya jika disusuli dengan usaha gigih dan daya saing yang tinggi.

b) Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan peningkatan taraf hidup rakyat yang semakin bertambah baik.Oleh demikian,syarikat ingin membantu individu,syarikat,kaki tangan kerajaan untuk lebih maju dan berwawasan dengan menganjurkan ceramah dan kursus.

c) Masalah pengangguran dan kelemahan individu dalam bidang pendidikan,ekonomi,bahasa,politik,agama,sosial,motivasi,keibubapaan dan lain-lain masalah masih berlaku.Syarikat ini ingin memotivasikan individu,badan kerajaan dan swasta supaya lebih cemerlang dan maju.

d) Masalah penagihan dadah masih berlaku dan peningkatan jumlah kes penagih baru adalah amat membimbangkan. Syarikat ingin membantu pihak kerajaan dan swasta dengan ceramah motivasi.

e) Kejayaan dan kecemerlangan pelajar melayu masih rendah walaupun pelbagai kemudahan dan prasarana yang baik dan sempurna telah disediakan oleh kerajaan.Syarikat ingin membantu pelajar supaya maju dan berjaya dengan lebih cemerlang lagi.

f) Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir bin Mohamad adalah untuk semua bangsa dan agama.Syarikat ingin membantu supaya kemajuan akan tercapai dengan lebih cepat dan mampu maju dan kaya seiring dengan negara lain yang telah mencapai nikmat kemajuan.

g) Kejayaan seseorang adalah berpunca dari diri sendiri,oleh demikian syarikat ingin membantu individu supaya mampu menjadi maju dan cemerlang.

h) Mendidik usahawan baru dan kecil menjalankan pelbagai bisnes.

i)Menambahbaik kemahiran individu dalam pelbagai bidang.

j)Melahirkan individu positif dalam mengejar kejayaan dunia dan akhirat.


Bidang kerja


Secara keseluruhan Kaya Wang Kaya Iman Consultant menjalankan kerja dalam bidang ceramah,seminar dan kursus.Antara tajuk ceramah motivasi,kursus dan seminar yang kami anjurkan ialah:

1.PELAJAR CEMERLANG DALAM ISLAM
2.IBU-BAPA CEMERLANG DALAM ISLAM
3.GURU CEMERLANG,PELAJAR GEMILANG
4.SUAMI-ISTERI CEMERLANG DALAM ISLAM
5.100 ILMU UNTUK DIPELAJARI OLEH ORANG ISLAM SEBELUM
MENUNAIKAN FARDHU HAJI
6.AHLI PERNIAGAAN CEMERLANG DALAM ISLAM
7.SEDEKAH JARIAH,ILMU BERMANFAAT,ANAK SOLEH:3 ASET PATUT
DICAPAI SEBELUM MATI.
8.PERBEZAAN ORANG ISLAM DAN BERIMAN
9.MASJID:GEDUNG ILMU,GEDUNG PAHALA
10.BERCAKAP BOHONG:HALAL DAN HARAM
11.100 ILMU DI DALAM AL-QURAN
12.10 SIFAT DAN PERIBADI DR.MAHATHIR YANG PATUT DICONTOHI
13.DADAH:PENCEGAHAN LEBIH BAIK DARI RAWATAN
14.BAHASA ARAB DAN KEPENTINGANNYA
15.BAHASA INGGERIS DAN KEPENTINGANNYA
16.PERPUSTAKAAN:GEDUNG ILMU
17.PELANCONGAN:FAEDAH DAN MANFAAT
18.PEMANDU YANG BERTANGGUNGJAWAB
19.ILMU,MENCARI ANDA?
20.JIRAN DAN TANGGUNGJAWAB
21.KEPENTINGAN ILMU TAJWID DAN AL-QURAN
22.I.Q CEMERLANG,GENETIK ATAU ANUGERAH?
23.PERANAN IBU BAPA DALAM MENCEMERLANGKAN PENDIDIKAN
ANAK-ANAK.
24.MAKSIAT,BIDAH,KHURAFAT:BAGAIMANA MENGATASINYA?
25.PEGAWAI CEMERLANG,NEGARA GEMILANG
26.TANAH:ASET BERNILAI YANG TIDAK DIMANFAATKAN
27.RAKYAT YANG BERWAWASAN
28.MARAH,MARAH,MARAH!
29.ANDA BIJAK ATAU BODOH?
30.KEPENTINGAN KOMPUTER DAN CARA MENGUASAI ILMU KOMPUTER
31.PUNCA MASALAH DAN CARA PENYELESAIANNYA.
32.PEMIMPIN YANG DISAYANGI…
33.RASUAH:PUNCA DAN BAHAYA
34.ISLAM AGAMA SEBENAR
35.ILMU KAJI DAN KEPENTINGANNYA
36.ILMU ITU AMANAH
37.ISLAM AGAMA PRAKTIKAL
38.SIFAT MANUSIA :POSITIF DAN NEGATIF.
39.MASA ITU DUIT
40.ANAK CEMERLANG
41.MELAKA NEGERI YANG PATUT DIKUNJUNGI.
42.DIARI DAN KEPENTINGANNYA
43.POLIS,TENTERA,PENYAPU SAMPAH:PROFESION MULIA
44.PUSAT SERENTI MENJADI UNIVERSITI?
45.KAYA YANG DIHORMATI
46.KEPENTINGAN ZIKIR
47.IBU-BAPA BERWAWASAN
48.JENAYAH:TANGGUNGJAWAB ANDA?
49.TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA YANG BERWAWASAN
50.RUMAHKU SYURGAKU.
51.BENGKEL BISNES PAKAIAN.
52.BENGKEL PENULISAN KREATIF.
53.BENGKEL USAHAWAN .
54.BENGKEL KELUARGA BAHAGIA .
55.KURSUS USAHAWAN KAYA WANG KAYA IMAN.
56.KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN BUAT USAHAWAN KECIL
56.BENGKEL BISNES KECIL MODAL KECIL.

Syarikat kami menyediakan para penceramah yang berkelulusan dan dinamik untuk mendidik pendengar dan peserta yang menghadiri ceramah,seminar dan kursus yang kami anjurkan.



Pengerusi syarikat : Hj Saat bin Hj Sulaiman
Pendidikan : Universiti Islam Madinah Arab Saudi / Uitm Melaka
Emel : bukusaat@gmail.com