Wednesday, April 27, 2011

Selamat Datang



Kaya Wang Kaya Iman Consultant









Kaya Wang
Kaya Iman
Consultant

Chinese Proverb

“Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime”

"Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya"

Tun Dr. Mahathir Mohamad
April 19, 2001 Majlis Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan 2001


Pengenalan


Kaya Wang Kaya Iman Consultant telah ditubuhkan pada 27 April 2011.Secara umumnya Kaya Wang Kaya Iman Consultant (selepas ini disebut syarikat) menawarkan ceramah berbentuk motivasi dan agama kepada pelajar,pegawai swasta dan kerajaan, individu yang berminat untuk mendapat ilmu pengetahuan dan motivasi.

Sehubungan dengan pentingnya ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi,pihak kami telah menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Kaya Wang Kaya Iman Consultant.


Di antara sebab-sebab penubuhan syarikat ini ialah:

a) Kurangnya penglibatan bumiputera dan orang islam di dalam bidang ini.Oleh yang demikian syarikat ini ingin membuktikan bahawa golongan bumiputera dan orang islam juga mampu berjaya jika disusuli dengan usaha gigih dan daya saing yang tinggi.

b) Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan peningkatan taraf hidup rakyat yang semakin bertambah baik.Oleh demikian,syarikat ingin membantu individu,syarikat,kaki tangan kerajaan untuk lebih maju dan berwawasan dengan menganjurkan ceramah dan kursus.

c) Masalah pengangguran dan kelemahan individu dalam bidang pendidikan,ekonomi,bahasa,politik,agama,sosial,motivasi,keibubapaan dan lain-lain masalah masih berlaku.Syarikat ini ingin memotivasikan individu,badan kerajaan dan swasta supaya lebih cemerlang dan maju.

d) Masalah penagihan dadah masih berlaku dan peningkatan jumlah kes penagih baru adalah amat membimbangkan. Syarikat ingin membantu pihak kerajaan dan swasta dengan ceramah motivasi.

e) Kejayaan dan kecemerlangan pelajar melayu masih rendah walaupun pelbagai kemudahan dan prasarana yang baik dan sempurna telah disediakan oleh kerajaan.Syarikat ingin membantu pelajar supaya maju dan berjaya dengan lebih cemerlang lagi.

f) Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir bin Mohamad adalah untuk semua bangsa dan agama.Syarikat ingin membantu supaya kemajuan akan tercapai dengan lebih cepat dan mampu maju dan kaya seiring dengan negara lain yang telah mencapai nikmat kemajuan.

g) Kejayaan seseorang adalah berpunca dari diri sendiri,oleh demikian syarikat ingin membantu individu supaya mampu menjadi maju dan cemerlang.

h) Mendidik usahawan baru dan kecil menjalankan pelbagai bisnes.

i)Menambahbaik kemahiran individu dalam pelbagai bidang.

j)Melahirkan individu positif dalam mengejar kejayaan dunia dan akhirat.


Bidang kerja


Secara keseluruhan Kaya Wang Kaya Iman Consultant menjalankan kerja dalam bidang ceramah,seminar dan kursus.Antara tajuk ceramah motivasi,kursus dan seminar yang kami anjurkan ialah:

1.PELAJAR CEMERLANG DALAM ISLAM
2.IBU-BAPA CEMERLANG DALAM ISLAM
3.GURU CEMERLANG,PELAJAR GEMILANG
4.SUAMI-ISTERI CEMERLANG DALAM ISLAM
5.100 ILMU UNTUK DIPELAJARI OLEH ORANG ISLAM SEBELUM
MENUNAIKAN FARDHU HAJI
6.AHLI PERNIAGAAN CEMERLANG DALAM ISLAM
7.SEDEKAH JARIAH,ILMU BERMANFAAT,ANAK SOLEH:3 ASET PATUT
DICAPAI SEBELUM MATI.
8.PERBEZAAN ORANG ISLAM DAN BERIMAN
9.MASJID:GEDUNG ILMU,GEDUNG PAHALA
10.BERCAKAP BOHONG:HALAL DAN HARAM
11.100 ILMU DI DALAM AL-QURAN
12.10 SIFAT DAN PERIBADI DR.MAHATHIR YANG PATUT DICONTOHI
13.DADAH:PENCEGAHAN LEBIH BAIK DARI RAWATAN
14.BAHASA ARAB DAN KEPENTINGANNYA
15.BAHASA INGGERIS DAN KEPENTINGANNYA
16.PERPUSTAKAAN:GEDUNG ILMU
17.PELANCONGAN:FAEDAH DAN MANFAAT
18.PEMANDU YANG BERTANGGUNGJAWAB
19.ILMU,MENCARI ANDA?
20.JIRAN DAN TANGGUNGJAWAB
21.KEPENTINGAN ILMU TAJWID DAN AL-QURAN
22.I.Q CEMERLANG,GENETIK ATAU ANUGERAH?
23.PERANAN IBU BAPA DALAM MENCEMERLANGKAN PENDIDIKAN
ANAK-ANAK.
24.MAKSIAT,BIDAH,KHURAFAT:BAGAIMANA MENGATASINYA?
25.PEGAWAI CEMERLANG,NEGARA GEMILANG
26.TANAH:ASET BERNILAI YANG TIDAK DIMANFAATKAN
27.RAKYAT YANG BERWAWASAN
28.MARAH,MARAH,MARAH!
29.ANDA BIJAK ATAU BODOH?
30.KEPENTINGAN KOMPUTER DAN CARA MENGUASAI ILMU KOMPUTER
31.PUNCA MASALAH DAN CARA PENYELESAIANNYA.
32.PEMIMPIN YANG DISAYANGI…
33.RASUAH:PUNCA DAN BAHAYA
34.ISLAM AGAMA SEBENAR
35.ILMU KAJI DAN KEPENTINGANNYA
36.ILMU ITU AMANAH
37.ISLAM AGAMA PRAKTIKAL
38.SIFAT MANUSIA :POSITIF DAN NEGATIF.
39.MASA ITU DUIT
40.ANAK CEMERLANG
41.MELAKA NEGERI YANG PATUT DIKUNJUNGI.
42.DIARI DAN KEPENTINGANNYA
43.POLIS,TENTERA,PENYAPU SAMPAH:PROFESION MULIA
44.PUSAT SERENTI MENJADI UNIVERSITI?
45.KAYA YANG DIHORMATI
46.KEPENTINGAN ZIKIR
47.IBU-BAPA BERWAWASAN
48.JENAYAH:TANGGUNGJAWAB ANDA?
49.TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA YANG BERWAWASAN
50.RUMAHKU SYURGAKU.
51.BENGKEL BISNES PAKAIAN.
52.BENGKEL PENULISAN KREATIF.
53.BENGKEL USAHAWAN .
54.BENGKEL KELUARGA BAHAGIA .
55.KURSUS USAHAWAN KAYA WANG KAYA IMAN.
56.KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN BUAT USAHAWAN KECIL
56.BENGKEL BISNES KECIL MODAL KECIL.

Syarikat kami menyediakan para penceramah yang berkelulusan dan dinamik untuk mendidik pendengar dan peserta yang menghadiri ceramah,seminar dan kursus yang kami anjurkan.



Pengerusi syarikat : Hj Saat bin Hj Sulaiman
Pendidikan : Universiti Islam Madinah Arab Saudi / Uitm Melaka
Emel : bukusaat@gmail.com

No comments:

Post a Comment